- Books

Awek Chuck Taylor

Awek Chuck Taylor Mengisahkan kisah seorang mamat bernama Hafiz yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis yang bernama Mira Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum serta per

  • Title: Awek Chuck Taylor
  • Author: Nami Cob Nobbler
  • ISBN: null
  • Page: 316
  • Format: Paperback
  • Mengisahkan kisah seorang mamat bernama Hafiz, yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis yang bernama Mira Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum serta perhubungan dengan adik beradik Mira Aiman dan Nana yang menjadi semakin akrab Dan keakraban itu mencetuskan satu lagi cinta tiga segi Illuminati antara Hafiz dan adik beMengisahkan kisah seorang mamat bernama Hafiz, yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis yang bernama Mira Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum serta perhubungan dengan adik beradik Mira Aiman dan Nana yang menjadi semakin akrab Dan keakraban itu mencetuskan satu lagi cinta tiga segi Illuminati antara Hafiz dan adik beradik Mira dan Nana Disamping cerita Awek Chuck Taylor ini berpusar kepada keluarga Mira cerita ini juga menceritakan terfaktabnya Hafiz dengan awek yang dia stalk bernama Sheila, awek dia yang cemburu buta bernama Fadilah, awek yang gila kikis duit bernama Bella serta adik angkat yang hidup dalam pasca moden kehidupan Melayu urban influence Nona dan Cerekarama bernama Azrina Dan cerita ini juga berceritakan tentang liku liku kehidupan seorang mat rempit narcissist bernama Aiman serta drama di depan gerai nasi ayam.

    • Unlimited [Cookbooks Book] ✓ Awek Chuck Taylor - by Nami Cob Nobbler ↠
      316 Nami Cob Nobbler
    • thumbnail Title: Unlimited [Cookbooks Book] ✓ Awek Chuck Taylor - by Nami Cob Nobbler ↠
      Posted by:Nami Cob Nobbler
      Published :2018-05-07T21:45:07+00:00

    1 thought on “Awek Chuck Taylor

    1. Secara ringkas buku ini pasal kianat, pengkianat dan cakap gebang. Buku ini aku dapat percuma dan aku tak pernah pun beli buku-buku Nami(ertinya aku tak pernah rasa dia penulis yang menarik untuk dibaca). dari pre-log, hey awak, aku dah tahu dah novel ini sangat terencat. maksud aku memanglah setiap penulis ada stail dimana aku tak berkenan langsung dengan stail dia, bahasa berulang tu buat kau bosan nak habiskan. contohnya "Aku datang kembali ke sekolah - pakai baju sekolah, pakai seluar sekola [...]

    2. 1.25* untuk keseluruhan buku ini. Aku beli buku ni sebab ada wanita-wanita yang aku kenal mengatakan novel ini sedih dan best! Sebab aku memang cari buku-buku yang boleh buat aku nangis. Tapi bagi aku (Susah nak cakap!) Aku memang betul-betul teracun oleh wanita-wanita yang berhati lembut. *Sigh!Sebelum itu, aku mohon maaf kepada peminat, kaki kipas atau yang memang suka sangat dengan buku ini. Sila jangan kecam saya ya.Ini adalah buku yang aku rasa paling rendah rating aku bagi dan menjengkelka [...]

    3. Dari pengetahuan saya, dari cakap-cakap orang sekeliling, buku ini digarap atas nama kisah benar penulis. maka apa yang saya lihat, tak banyak perkara menarik yang berlaku dalam hidup penulis selain daripada mengembar gemburkan kisah cintanya berbucu dua ke atas Nana dan Mira yang juga adik dan kakak yang sangat bahagia hubungan mereka sebelum kedatangan penulis.

    4. Seperti membaca diari seorang lelaki bernama Hafiz yang banyak mencatatkan slot bersama perempuan-perempuan dalam siri episod hidupnya. Menurut apa yang dicanang buku ini berpandukan pengalaman sebenar penulis. Namun aku tak terbeli dengan kenyataan sedemikian dan ini tak lebih daripada sebuah cerita yang diceritakan untuk kepuasan imaginasi. Paling menyedihkan kisah cinta yang disampaikan tak ubah seperti membaca catatan cinta murid tahun enam di dalam buku latihan yang dijadikan manuskrip.Bera [...]

    5. Buku ni dah ramai awek booth rekemen sebenarnya,dengan ayat "best ni bang, cerita betul ni, sedih gila!" dan entah kenapa aku terbeli. To conclude all, aku bosan dengan penceritaannya (aku baca sampai bab 3 dan beberapa mukasurat terakhir sahaja). Untuk orang yang menggunakan imajinasi semasa membaca, aku dapati buku ini memenatkan. Adakah patut aku kata juga 'nasib baik aku tak terbeli Lelaki Eksistensial'? Sorry it's just not my pot of meth. Ok bye.

    6. Ini blook pertama yang aku beli haha5 Memang kena masuk diari la :PACT bercerita tentang Hafiz. Dia bertemu dengan gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Gadis ini lain daripada gadis-gadis yang dikenalinya sebelum ini. Mira ada wawasannya sendiri. Tak mudah mengikut rentak orang lain. Dia Mira gadis yang penuh pendirian. Garang tak bertempat, ganas, kasar dan outspoken.Mengenali Mira membawa Hafiz mengenali Aiman dan Nana; adik beradik Mira. Dan hubungan mereka makin rapat. Aku senang dengan [...]

    7. Kononnya berdasarkan kisah benar. Tak dapat dinafikan, banyak adegan serta insiden yang digambarkan tampak ‘over-exaggerated’. Coretan mengenai kesanggupan penulis terus-menerus membeli top-up buat ‘Bella kaki kikis’ sangatlah tak logik. Jika benar apa yang diceritakan, penulis sedaya-upaya menggambarkan dirinya sebagai jejaka terbaik dunia. Semua orang nak kat dia. Watak-watak perempuan beraneka ragam yang diperkenal konon-konon tergila-gilakan si Hafiz sedangkan dia sendiri punyai bany [...]

    8. Dalam masa 6 jam habis. Cerita dia boleh buat terkenang sampai masa mandi. Based on true story katanya. And believe me lepas habis baca anda semua akan Google semua watak watak dalam cerita ni, yes. Well at least I did. Tapi tak boleh nak bagi 5 bintang sebab ada dialog yang rasa nak lempang. Dari awal sampai akhir baca, rasa sakit hati. Mula dari tengah sampai habis, setiap patah pembacaan, terasa kelat dalam hati. Dan ada satu part sampai berhenti sekejap dan tweet sepatah perkataan. Tak faham [...]

    9. Penulisan teruk, plot berterabur and ending cerita tak carry off the whole message. Actually takde message pun nak disampaikan. It's as if someone's diary landed on the table of a publisher and got published by chance. Rezeki dia. Not worth your money at all. I agree we should practice our usage of English so that we get better, so we cannot undermine usaha orang. But at the same time I believe in editing. Editors should have never let so many mistakes in a book to get published. What I hate mos [...]

    10. Terus terang, ianya tak sesuai dengan selera aku. Walaupun tak setebal mana, tapi bahasa yang digunakan mengganggu emosi dan buat aku ambil masa berhari-hari untuk meneruskan pembacaan hingga ke penghujungnya. Jalan cerita yang biasa saja, lebih kepada catatan diari untuk bacaan santai semata-mata. Secara peribadi, kalau dari perspektif bahasa memang aku tak akan benarkan anak aku yang sedang bersekolah membaca novel ini.

    11. Aku beli buku ni atas tiga sebab.Sebab #1, aku beli sebagai hadiah buat diri sendiri lepas dapat elaun praktikum.Sebab #2, cover buku yang sangat awesome. Aku merupakan pengguna dan peminat tegar Converse. Jadi aku rasa buku ni dah macam must have item for Converse's fan lalu aku pun beli.Sebab #3, perasaan curious. Ada satu post kat Tumblr Nami yang buat aku curious giler dengan Erica dan Ezreen. Mereka kata Ezreen tu si Awek Chuck Taylor, jadi nak puaskan hati, aku beli and cari jawapan sendir [...]

    12. Sebenarnya aku nak bagi 1.5 bintang yang malap saja pada buku ini.Mujurlah aku baca Lelaki Eksistensial dahulu (yang aku suka); kalau aku baca buku Awek Chuck Taylor ni dahulu, taubat aku nak baca buku-buku tulisan Nami dah.Dengan bahasa rempit, grammar lintang pukang, aku rasa tak macam baca buku pun. Rasa macam baca entri/benang dalam forum atau sub-forum luahan perasaan atau ruangan budak-budak yang baru nak belajar mengarang cerita.Serius aku tak boleh hadam macam mana buku ini boleh diulang [...]

    13. Culture shock tu je aku blh katakan terkejut dgn bahasa,ideology dan tahap kecarutan dlm naskhah ni Ini ke realiti org melayu kita zaman sekarang ni. Seolah2 tiada nilai ketimuran dan adab sopan. Setiap ayat mesti ada maki hamun dan tak sah kalu nama MR PIG x disebut. Adakah aku yg terlalu kolot ataupun naskhah ni yg terlalu urban untuk org yg seperti aku??? Tertarik nak baca sbb dgr kata bestseller and dh byk kali ulang cetak. Well citarasa semua org berbeza. Overall,this one not my cup of tea

    14. Cerita based on true story. Aku rasa macam berada dalam dunia si pencerita. Walaupun agak susah nak korek pengajaran yang tertanam dalam novel ni, tapi dengan dialog dan bahasa yang digunakan ni cukup buat aku terhibur dan aku tahu, si penulis novel adalah seorang penglipur lara yang menyampaikan kisah yang realiti. Beberapa sebab kenapa aku suka novel ni:----------------------------------------1. Starting yang sangat sempoi. Orang kata starting dia melalut tapi aku rasa sangat enjoy baca starti [...]

    15. Aku beli buku ni sebab ramai sangat bercerita pasal buku ni. Yang puji banyak. Yang kutuk pun sama banyak. Ulasan aku - jalan cerita biasa saja. Untuk kisah cinta, tak romantik langsung. Untuk kisah drama tak banyak benda yang berlaku pun. Karekter dalam buku macam tak logik pun ada - setakat bercinta dalam internet, macam cerita budak-budak bagi aku. Watak utama yang kononnya hebat, suka berfalsafah, suka bercakap Inggeris (walaupun bahasanya berterabur macam sampah). Adakah penulis rasa karekt [...]

    16. Setelah selesai baca buku ini & baca ulasan org di pasal buku ini - baru aku tau : cerita dlm buku ini kisah benar. Tak sedar pula di helaian depan tertulis 'kisah benar" . Baru belek helaian buku itu balik - eh mmg tak tertulis secara terang pun ini kisah sebenar,hnya ada ucapan terima kasih buat 'watak sebenar'. Mungkin aku yg patut faham sendiri. Entahlah.Pelik rasanya bila kerana ia kisah sebenar namun tiada pengajaran yg dapat aku kutip pun. Jika ia kisah sebenar patutnya ada impak jug [...]

    17. Saya memilih novel ini kerana ianya first dalam list bestseller lejenpress. Jadi ingin belajar apa yang best sangat novel berupa begini. Sebenarnya saya mengharapkan lebih dari novel ini. Jalan cerita yang sangat basic penuh sampai habis cerita pasal awek(mcm x logik pun ada). Penceritaan lagilah memandangkan penuh carutan, gabung bi yang banyak dan tatabahasa ikut suka dia. Cuma yang menjadikan novel ini laris mungkin disebabkan faktor rebel selain novel ini adalah 80 peratus kisah benar. Jadi [...]

    18. tolong tembak aku pakai remingtonhon The Rock smash aku sekarang.Nazareth dan Led Zeppelin teruskan melodikan aku lagu2 classic rock yang heartbroken tahap tera. tak tahu ini angkara siapa angkara akak booth yg pandai bermain kataatau angkara aku yang dungu hanya nilai dengan dengar apa orang kata ?T_Taku tak baca novel.ya. aku sebenarnya membaca diari.watak yang terlalu banyak mengomel mengalahkan joyah Kampung Duritentang kisahnya dengan awek2 yang dia jumpa di persimpangan hiduppersoalan nya [...]

    19. bagi saya jalan cerita buku ini yang berjaya menambat hati para pembaca. jujur, saya pembaca yang memerlukan lebih dari itu. bahasanya, carutannya, sangat kucar kacir, membuatkan novel ini punya trend tersendiri. sangat sempoi.tetapi tidaklah saya menggalakkan novel sebegini dibanyakkan. memang agak santai untuk membaca gaya cerita begitu, tetapi ingat, bahasa jiwa bangsa. even buku-buku best-seller barat semuanya menjaga tatabahasa mereka. bahasa jiwa bangsamun, setelah habis membacanya, cerita [...]

    20. sepatutnya saya ingin memberikan 2 1/2 bintang, tetapi saya kira 2 sudah memadai. pendapat peribadi saya, buku ini baik untuk bacaan ringan di kala anda telah terbeli buku tersebut dan terpaksa juga baca, kerana jika tidak baca akan rasa membazir. tidak ada yang istimewa dan saya kira ia biasa-biasa sahaja.

    21. Ada banyak benda yang aku nak ungkitkan pasal buku ni tapi lepas baca review korang, aku rasa macam tak perlu another round of the same critics. Sebab kita selalu rasa hidup kita ni kalau dibuat novel, cerekarama pon sodap, sungguh. Tapi Hafiz, Yang desperate sangat nak ada girlfriend, kalau kau betul wujud, wajib ku tempeleng kepala kau sebijik dua.Satu bintang for those enlightment after reading cuts of diary dari pandangan seorang lelaki insecure, dan satu lagi bintang buat peneman bacaan har [...]

    22. Awek Chuck TaylorAntara sebab aku tertarik dengan buku ni adalah penulisnya sendiri. Kedua, cerita ini telah diadaptasi ke pementasan teater di PJLiveArt. Ketiga, lepas baca prelog dekat internet. Overall agak seronok baca ACT ni. Sebab suka dengan watak Mira tu. Sambil tu sedih dengan Hafiz asyik kena tengking je dengan Mira. Hahaha. Tapi ini bukan terbaik dari Nami la bagi aku. Sebab walaupun kisah benar ACT tak 'power' macam Rokok Nan Sebatang.

    23. Aku dah lama beli buku ni. Tak silap dalam bulan Mac tahun ni. Tapi asyik tergendala nak baca. Bila tengok review orang lain, ramai jugak yg bagi sikit bintang je utk buku ni. mungkin sebab diorang tak minat cerita yg kurang jiwang macam ni. Aku akui memang bahasa buku ni gila2 sangat. kalah bahasa buku2 fixi yg aku pernah baca. tapi aku okay. Aku suka. Sebab bahasanya mmg bahasa yg selama ni aku banyak dengar dan baca kat mana2 tempat. bahasa anak muda. Jiwa aku okay je terima. ;) Pendapat aku [...]

    24. Membaca buku ni membawa kita menyelami perasaan seorang Hafiz dan kisah beliau dengan karenah awek-awek yang pelbagai.Dan semestinya watak utama adalah Mira dan Nana.Mula-mula baca aku rasa Hafiz ni sangat perlukan wanita,dan cepat sangat jatuh cinta.Can't live without women.hehePenceritaan dengan bahasa yang santai,dan mungkin bahan bacaan ni lebih realistik sebab bahasa yang digunakan sangat dekat dengan kitaKalau DBP marah la kot.gala macam carutan ada sini.hahaKesimpulannya, cerita yang best [...]

    25. Novel wajib ada bagi penggemar #alternatif dan #indie. Kalau sampai dah dicetak berulangkali malah akan dipentaskan,memang gred A lah. Jangan mengaku peminat novel,kalau tak pernah ada buku ini. Awek Chuck Taylor akan menutup minat kepada novel cinta masa kini yang membazir masa. Ini karya agung, karya penuh ilmiah dan karya penuh identiti. Tahniah.

    26. kalau bukan pasal kisah awek chuck taylor ni takdelah aku kenal dengan nami, lepak sama sama, tengok bola sama sama, kena interview dengan makwe uitm sama sama, kahkahkah!! oleh sebab tu aku kasi 5 bintang. peduli apa aku dengan kesalahan tatabahasa ke, grammar salah ke, yang penting boleh paham isi kandungan buku nieers!!

    27. storyline yang tak berapa heavy, which makes it fun to read. actually before reading this macam dah dapat spoiler sikit-sikit but still, bila sampai ending tu, still rasa sedih. and the fact this story is actually based on true story, is what makes it sadder.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *